Sunday, December 18, 2011

Info | Produk

Lenovo IdeaPad Tablet K1
Ideapad K1 merupakan tablet pertama Lenovo yang menggunakan sistem operasi (OS) Android Honeycomb. Melalui Lenovo IdeaPad K1, tablet tersebut membawakan cip pemprosesan dwi-teras NVIDIA 2.0 TegraT20 sepantas 1GHz, kamera belakang 5-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel untuk panggilan video. Selain tampil dengan versi Wi Fi, ia turut ditawarkan dalam bentuk 3G. Harga RM 1,499.

Canon EOS-1D X

Canon EOS-1D X DSLR telah direka untuk semua jurugambar, sama ada yang mahukan kamera resolusi tinggi ataupun kamera berkelajuan tinggi. Dengan sensor CMOS 18.1 Mega piksel bingkai penuh, sensor AF 61-point dan capaian kelajuan sehingga 14 bingkai sesaat (fps), ia menghasilkan kamera digital EOS paling maju sehingga kini. Selain itu, dengan kemampuan EOS rakaman muvi HD penuh, ia juga memenuhi kehendak juruvideo yang mahu merakam momen daripada pelbagai sudut dan teknik.


LG IPS5
Siri IPS5 menyediakan monitor imej luar biasa realistik dengan ketepatan warna yang dipertingkatkan. Ia mengekalkan suhu warna di peringkat optimum kira-kira 6500 K(Kelvin), menjadikan paparan seakan realistik seperti yang asal. Dengan ciri pakej berganda, IPS5 membolehkan konfigurasi paparan kedua, seperti menetapkan skrin monitor utama berpecah dalam dwi mod; menyambungkan monitor kedua dengan satu klik dan menunjukkan bar tugas di kedua-dua monitor. Selain itu, teknologi
Penjimatan Tenaga Super menjadikan IPS5 lebih mesra alam dan rekaan ergonomik dengan pendiri laras ketinggian membolehkan monitor ini diserasikan dengan ruang.


Nokia Lumia 800
Nokia Lumia 800 dengan sistem operasi (OS) Microsoft Windows Mobile Phoneini memiliki paparan ClearBack AMOLED 3.7 inci, pada resolusi 800 x 480 piksel, serta adanya tombol khas untuk Windows Phone di bahagian bawah. Ia turut dikuasakan pemproses 1.4 Ghz dengan cip Qualcomm MSM 8255 untuk kelancaran fungsi lebih baik. Kamera Lumia 800 cukup hebat pada resolusi 8MP f/2.2 dengan optik Carl Zeiss dan ciri auto-fokus serta Flash LED berganda. Kapasiti penyimpanan dalaman yang disediakan Nokia Lumia 800 adalah sebesar 16 GB dan boleh ditambah dengan storan awan sediaan Microsoft sebanyak 25 GB. Ciri WiFi 802.11b/g/n, Bluetooth 2.1 dan GPS juga bermanfaat untuk mereka yang mahu sentiasa kekal berhubung.

No comments:

ZALORA COMMUNITY CONTRIBUTOR BADGE

ash_tsukidate.blogspot.my review

ShoutBox

Powered by Blogger.