Sunday, December 18, 2011


Tagged :  Yui dan Qienah

................................................................


Buat pertama kalinya kami mengadakan sale sempena hujung tahun 2011. Jualan harga junam untuk item-item terpilih mulai 1/12/2011 - 31/12/2011 Untuk koleksi-koleksi terbaru yang akan diupload, kami akan adakan jualan happy hour.... Kami akan pilih secara random item-item tertentu pada hari-hari tertentu...So, stay alert babes! Tunggu sahaja pengumuman sale happy hour daripada kami di Facebook/Blog ya!





2

 - 2 X Leopard-Printed Cosmetic Bag 
inspired by ELLE 

- 5 Blog X Blog Review @ Blog HDM

dan

- 1 X Eksklusif Custom Made Shawl
 design by KZ Nabihah Boutique
(follow &like FB KZ Nabihah Boutique)





Tagged : Syauqiena dan Qienah

Syarat-syaratnya mudah : 

1. Buat entry tajuk "Blog Hanya Dari Mata Mini Give-Away :TQ Followers!" & link ke blog HDM
2. Follow blog HDM & letakkan gambar hadiah seksi tu.
3. Tag 2 orang blogger lain yang hot, sexy dan baik serta 'paksa' dia join G.A ni. *kehkehkeh
4. Tinggalkan URL di komen entry ini
5. Doa banyak-banyak, nama anda ada ONG!

Tarikh tutup : 31 Disember 2011 (Sabtu) , Jam 12.30 tengah malam
Penentuan Pemenang : Tangan bertuah aku *sebab Random.Org selalu tak sayang aku. Jadi tak mau guna!*



0

Sepanjang tahun 2011, pengikut dunia teknologi telah disajikan dengan deretan persaingan pelbagai jenama telefon pintar, perisian, tablet, perkakasan, kamera, monitor, komputer dan peranti-peranti lain yang sentiasa mengocakkan adrenalina untuk memilikinya sebagai koleksi peribadi. Seakan sudah menjadi trend, perkembangan teknologi memberikan impak yang sangat besar bukan sahaja kepada negara-negara kuasa besar penginovasi teknologi dunia, malah tempiasnya turut dirasai di Malaysia. Dunia benar-benar seakan di hujung jari tanpa batasan sempadan.
Namun, sedarkah anda bahawa ada yang lebih hebat menanti anda pada 2012? Tentunya ia bakal menimbulkan keterujaan pencinta gajet dan teknologi, dengan penambahbaikan spesifikasi, multi-kepenggunaan, serta ciri-ciri yang sentiasa dimodenkan, semestinya ia memudahkan lagi banyak fungsi dalam kehidupan. Jika hendak diikutkan perkembangan ini berlaku dari semasa ke semasa membuatkan kita sentiasa ternanti-nanti apa yang bakal menjelma. Namun dalam isu kali ini, kami bawakan beberapa teknologi dan produk baru yang bakal menemui kita tahun hadapan. Adakah sesuatu yang berbaloi untuk dinantikan? Anda tentukan sendiri.
Wii U
Konsol permainan terbaru daripada Nintendo ini bakal mencetuskan persaingan sengit kepada Sony PlayStation dan Xbox. Khabarnya ia bakal dilancarkan pada awal 2012 dengan menawarkan pelbagai peningkatan hebat. Antaranya pengawal atau controller permainan terbaru yang membenarkan pemain menyambung permainan meskipun apabila televisyen ditutup; pelayar skrin sentuh untuk menambahkan ketepatan kawalan gerakan permainan agar pemain mendapat kepuasan maksimum; dan dilengkapi dengan grafik HD penuh 1080p bagi kepuasan optimum bermain permainan di luar jangkauan minda.
Dari segi spesifikasinya Wii U dilengkapi CPU IBM berasaskan Power Architecture Multi Core 45nm Microprocessor (arkitektur POWER7); GPU AMD Radeon HD; pilihan storan SD dan pemacu keras USB; slot cakera optik 25Gb; HDMI 1.4 out port; AV Multi Port dan video sehingga 1080p. Controller terbaru dibina dengan Accelerometer 3-axis, Gyroscope 3-axis; speker dan mikrofon; kamera hadapan; sensor IR; dua pad iaitu bulat dan D-pad; stilus; butang sync dan Bluetooth.
LG 55-inch OLED TV
Teknologi OLED sangat dinamik apabila ia boleh memancarkan cahaya di antara 0% hingga 100%. Dengan nilai baik ditawarkan oleh pengeluar daripada masa ke masa (hari ini kira-kira 300-500 cd/m2); bantuan warna filem OLED daripada tiga sub-pixel dengan merah, hijau dan biru; dapat mewujudkan semua warna yang berbeza. LG memberi maklumat awal bahawa OLED TV ini akan dipasarkan pertengahan 2012.
Samsung Galaxy S3
Samsung Galaxy S3 dijangka dikuasakan dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.8GHz, memori sebanyak 2GB RAM, skrin Super AMOLED HD seluas 4.6-inci, dan dilengkapi dengan kamera 12-megapixel. Selain itu, Galaxy S3 turut dikatakan menyokong NFC ( Near-Field Communication) dan menggunakan Android Ice Cream Sandwich sebagai sistem operasinya. Kesahihannya akan diketahui apabila ia diumumkan pada suku pertama 2012 nanti.

Dapatkan Majalah PC Disember 2011 di pasaran sekarang



0

Hari ni , ash nak join satu segmen lahh , hehe , boleh kan ? btw , korang-korang kat luar sana tu , yang masih belum tidur , apa kata join segmen nie ? :)

Hurm , sambil-sambil korang singgah blog ni , apa kata terjah sekali blog ash yg agak personal tu ~.~ haha , personallah sangat -.-' kat []
Terima kasih ye .

Oh ya , kalau nak follow blog ash , sila kan , tiada istilah paksa ok :)
Rasanyer , kat blog sini tak payah follow pon tak pe , kalau kat  boleh follow kot , haha.
sebab ? kenapa ?

ok , mey sini ash nak bercerita sikit , 
kalau korang follow blog ni , nanti kat dashboard korang penuh ngan entry ash yg join sana sini .
kalau follow blog satu lagi tu , ash akan update info-info dan segmen yg penting-penting je :) hehe
ash just tak nak menyusahkan kome je -___-

Terima kasih ye kerana sudi singgah blog ash yang tak seberapa ni :)
Happy Blogwalking buat korang .


4

Lenovo IdeaPad Tablet K1
Ideapad K1 merupakan tablet pertama Lenovo yang menggunakan sistem operasi (OS) Android Honeycomb. Melalui Lenovo IdeaPad K1, tablet tersebut membawakan cip pemprosesan dwi-teras NVIDIA 2.0 TegraT20 sepantas 1GHz, kamera belakang 5-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel untuk panggilan video. Selain tampil dengan versi Wi Fi, ia turut ditawarkan dalam bentuk 3G. Harga RM 1,499.

Canon EOS-1D X

Canon EOS-1D X DSLR telah direka untuk semua jurugambar, sama ada yang mahukan kamera resolusi tinggi ataupun kamera berkelajuan tinggi. Dengan sensor CMOS 18.1 Mega piksel bingkai penuh, sensor AF 61-point dan capaian kelajuan sehingga 14 bingkai sesaat (fps), ia menghasilkan kamera digital EOS paling maju sehingga kini. Selain itu, dengan kemampuan EOS rakaman muvi HD penuh, ia juga memenuhi kehendak juruvideo yang mahu merakam momen daripada pelbagai sudut dan teknik.


LG IPS5
Siri IPS5 menyediakan monitor imej luar biasa realistik dengan ketepatan warna yang dipertingkatkan. Ia mengekalkan suhu warna di peringkat optimum kira-kira 6500 K(Kelvin), menjadikan paparan seakan realistik seperti yang asal. Dengan ciri pakej berganda, IPS5 membolehkan konfigurasi paparan kedua, seperti menetapkan skrin monitor utama berpecah dalam dwi mod; menyambungkan monitor kedua dengan satu klik dan menunjukkan bar tugas di kedua-dua monitor. Selain itu, teknologi
Penjimatan Tenaga Super menjadikan IPS5 lebih mesra alam dan rekaan ergonomik dengan pendiri laras ketinggian membolehkan monitor ini diserasikan dengan ruang.


Nokia Lumia 800
Nokia Lumia 800 dengan sistem operasi (OS) Microsoft Windows Mobile Phoneini memiliki paparan ClearBack AMOLED 3.7 inci, pada resolusi 800 x 480 piksel, serta adanya tombol khas untuk Windows Phone di bahagian bawah. Ia turut dikuasakan pemproses 1.4 Ghz dengan cip Qualcomm MSM 8255 untuk kelancaran fungsi lebih baik. Kamera Lumia 800 cukup hebat pada resolusi 8MP f/2.2 dengan optik Carl Zeiss dan ciri auto-fokus serta Flash LED berganda. Kapasiti penyimpanan dalaman yang disediakan Nokia Lumia 800 adalah sebesar 16 GB dan boleh ditambah dengan storan awan sediaan Microsoft sebanyak 25 GB. Ciri WiFi 802.11b/g/n, Bluetooth 2.1 dan GPS juga bermanfaat untuk mereka yang mahu sentiasa kekal berhubung.

0

ZALORA COMMUNITY CONTRIBUTOR BADGE

ash_tsukidate.blogspot.my review

ShoutBox

Powered by Blogger.