Tuesday, December 6, 2011

Tips : Website terbaik untuk edit gambar secara online percuma


Picnik.com adalah satu site photo editing yang memberi kemudahan kepada anda untuk membuat suntingan terhadap gambar sebelum memaparkannya pada blog. Editing tools yang disediakan juga adalah sangat menarik dan mudah untuk di gunakan. Satu kelebihan yang ada pada site ini ialah, anda tidak perlu untuk mendaftar seperti kebanyakkan site yang lain.

Pelbagai effect disediakan oleh Picnik.com seperti khas seperti Go Pink (menjadikan gambar berwarna anda menjadi merah jambu) dan Focal B&W (memberikan fokus warna pada bahagian yang anda kehendaki, sementara bahagian lainnya pula berwarna hitam dan putih). Pilih Orton-Ish untuk memberikan sentuhan kecantikan kepada gambar anda dan Posterize untuk menjadikan gambar anda seolah-olah dilukis dengan cat air.

Anda juga boleh membuat suntingan gambar supaya menjadi lebih jelas, memotong bahagian gambar yang tidak dikehendaki atau mengecil dan membesarkan gambar. Setelah selesai anda bolehlah save ke hard drive anda.

No comments:

ZALORA COMMUNITY CONTRIBUTOR BADGE

ash_tsukidate.blogspot.my review

ShoutBox

Powered by Blogger.