Perkahwinan
sekadar hiasan : gambar perkahwinan Irine Nadia Marcello
Hubungan suci antara lelaki dan perempuan melalui ikatan perkahwinan mennggambarkan corak kehidupan yang diredai Allah SWT dan dianjurakan oleh Rasulullah SAW. Hidup berkeluarga ini pada dasarnya lebih berkat, tenteram dan teratur berbanding hidup berseorangan atau menyendiri.
Firman Allah SWT :
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 567x120px.
Maksudnya : Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan berasa tenang dan tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu perasaan kasih dan sayang. (Surah al-Rum: 21)
Antara rahsia-rahsia perkahwinan ialah:
1. Sunah para nabi dan rasul
-Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunah para nabi dan rasul sebagaiman Firman Allah dalam surah al-Ra’d ayat 38
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 541x107px.
Maksudnya: Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.
2. Zuriat Keturunan
- Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hamba-Nya agar menerusi perkahwinan akan lahir zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT
3. Ibadah
- Perkahwinan juga dianggap sebagai satu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredai. Al-Baihaqi r.a meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud:
“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi”
4. Bertanggungjawab
-Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk mereke yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.
Ini diperkuatkan lagi oleh hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku”
5. Memelihara maruah
- Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu syahwat)”
6. Memupuk perasaan keibu bapaan
- Perkahwinan dapat menyuburkan perasaan keibu bapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.
7. Disiplin
- Melalui perkahwinan akan wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga.
No comments:
Post a Comment